Wednesday, October 19, 2022

Resepi Pizza paling senang

Senang yo nak buat pizza ni
Tepung high protein atau tepung roti + garam satukan


Yeast + air suam + 2 sudu besar gula BG dia kembang

Minyak sayur dalam 4 sudu besar

Kasi masuk mixer
Sambil tu korang buat kerja rumah

Dah cantik doh korang ketepikan bagi kembang

Dah leh bentuk aku bentuk xbulat abaikan sebab tangan lupa bedung puas mak bedung tapi xnak ikut gak🤭

Monday, October 17, 2022

Jom buat Waffle Cara Mudah



Bahan waffle
2 cawan susu + 2 sudu jus lemon
Telur 2 biji (asing kan)
Minyak 1/2 cawan
Esen vanila skit

Adunan kering
Tepung gandum 2 1/4 cawan
Tepung jagung 1/2 cawan 
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecik soda bikarbonat
4 sudu gula 

Mula2 mixer telur putih BG gebu gebas
Dah gebu masuk kuning telur
masuk esen vanila
Masuk minyak masak
Masuk campuran susu + lemon td

Lepas dah mix semua masukkan dalam adunan kering
(Tepung gandum + tepung jagung+garam+gula+baking powder+ soda bicarbonate)

Kaco perlahan2

Panaskan waffle maker
Letakkan 2 senduk tepung 
Tunggu hingga masak

kalau jenis cm terbalikkan tu korg boleh terbalikkan

Tunggu hingga lampu bertukar hijau bukan merah ye
Kang jadi Ultraman lak korg 🫢

Selamat mencuba

credit to web che nom
Memang menjadi dengan Che nom


Tqs to pokcik Google yang menyelematkan keadaan 🥰

Sunday, April 4, 2021

Sakit perut

4hb April 2021
Tiba2 sakit perut..
Sebenar dari kl td mama sakit perut
Menyucuk2

Tak tahu sebab apa
Bila jalan rasa nak jatuh
Tapi mama harus kuat

Mama Tak boleh rebah
Mama Tak boleh kalah..
Mama kene kuat untuk anak4

Hidup mama mama hanya nak Bahagiakan orang yang mama syg..
Mama kurang takpe..tapi jgn mama xmampu Bahagiakan orang yang mama syg..

Allahu kesakitan sangat terasa
Tidak kuat mama

Tlg Ya Allah..
Jangan kau tarik kebahagian kami
Aku belum cukup berbakti pada mak abah
Pada ayah makcik

Pada suami
Pada adik beradik
Pada semua orang disekelilingku😭😭😭

Sakit ni moga menjadi penghapus dosa ku padamu..
Mama sayang orang disekeliling mama

Wednesday, March 17, 2021

8 March 2021

8hb March 2021

Harini genaplah umur mama 41 tahun
Wah tua dah kan mama

Alhamdullilah Allah panjangkan umur mama

Seperti tahun-tahun lepas tiada sambutan birthday untuk mama bersama family di JOHOR pada 8hb March 2021

Mak jauh..Mak pula bg mama sedih bila dikatanya
Blkg rumah mak ada kedai kek kalo dekat mak belikan..

Hati sorang ibu kan Mana mungkin menipu
Abah sentiasa ingat & wish birthday
Hakikatnya kene terima mama jauh dr mereka

Tetapi Allah gantikan juga pemberian kek dan biskut dari sahabat bisnes dan juga hadiah cincin dari Syida @ Kak Potpet dan Kak Ujen

Tak sangka pulak dorg ni buat suprise untuk mama.Mama sangat terharu😭
Cincin tu mama akan simpan sampai bila2

Anak2 mama sendiri pun xtau bila birthday mama..😂
Mama cuma sempat buat birthday untuk ibu chik sebelum birthday nya tetapi ummy dok selit sekali nama mama😅

Bak kata nenek mama sentiasa sibuk dengan birthday orang sedangkan orang lain buat xtau birthday mama

Kalo dulu mama mmg concern benda2ni
Sampai gaduh dengan papa
now Mama I xkisah mana pun benda2 mcmni

Dah tahu dah kenal papa cmner
Takpela penting Kita Bahagiakan orang
Allah bagi lebih daritu😍

Mama pasti Allah akan gantikan kebahagian yang lebih buat mama
Mana tau 3hb mercedes jadi milik mama sebagai hadiah birthday paling indah di umur 41 tahun..Aamiin...🤲

Jom Layan gambarni..
Semua adalah pemberian dari sahabat bisnes
Kek dari shila
Esoknya kek dari Kak Noni

5hb cincin dan belon dari sahabat Dunia Akhirat Kak Ujen dan Potpet






Birthday ibu chick 18/3




Thursday, November 26, 2020

Cerita Iphoneku..

Ni adalah cerita handphone mama
Mamani jenis susah nak Tukar phone
Bayangkan hp mama ni 5 tahun Baru papa bg Baru sebab mama syg nak tukar2 ni

Bagi mama selagi boleh guna mama guna😍
Hp Baru Mama ni papa bg Masa birthday mama bulan 3 haritu 
Tiba2 dok merajuk ngn mama

Allahu brapa minggu dia merajuk😔
Berapa kali bawa jumpa pakar
Asyik Tak boleh

Sampai pakar minta mama cuba Kat rumah

Ok ni step mama buat ye
1.Install Itunes
2.Cucuk hp guna cable pasang kt pc 
3.Pairkan.Yeskan ajer
4.Masukkan apple id kat itunes
5.Lepas tu backup
6.Tunggu hingga selesai
7.Korang kosongkan atau Reset all setting
Bila reset umpama kosonglah hp tu
8.Just follow the steps


Jenga jeng masani mama ada buat kesilapan..
Sebab mungkin mama tersilap masuk password atau sebab dia synch ngn hp lama..Byk kali masuk password xlepas..😖

Akhirnya mama kene setel sendiri
Apa yang mama buat ni caranya

Tiba-tiba dia terlock daaa...

MAMA TERUS NEKAD!!

Kalini mama dengan penuh tawakal cuba untuk betulkn sendiri

Apa lagi mama follow step ni untuk selamatkan hp mama

2.Tekan volume lama2 dengan button off tu
Jangan salah Tekan nanti jadi cmni
Masa dia off tu dia gelap Tekan button off serentak dengan button volume down

Sampai dia masuk ke safe mode
Lepastu masuk itunes 
Masuk password apple
Mama terus restore backup

Kebetulan dia minta update mama on je
Tekan je update

Ikut sahaja stepnya
Oh my ipong

Buat sehingga selesai ye
Selagi Tak selesai mama Tak tarikpun cable tu

Sebenar nya problem major WhatApps mama tu ada problem Tak boleh letak wasap status

First time specialist tu kata berlaku

Akhirnya atas percuba mama
Dengan NEKAD dan tekad 
Mama Berjaya juga YES YES YES

Alhamdullilah..
Lepasni boleh buka kedai phone Tak🤪

Untuk anda semua jangan give up eh
Mama Tak jual phone mama jual produk kesihatan


Friday, May 22, 2020

Biskut semperit

SEMPERIT SUSU CAIR DALAM MULUT SUKATAN CAWAN

Resepi :

- 1 biji kuning telur ( saiz besar/gred A)
- 1/2 cawan butter ( pakai pure butter lagi sedap, jgn pakai marjarin)
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 2 sudu teh tepung beras (memberi tekstur rangup kepada semperit)
- 2 sudu makan tepung kastard (memberi tekstur gebu kepada semperit)
- 2 1/2 cawan tepung jagung

* Saya guna nozzle bunga alur 15

TIPS BUAT SEMPERIT

1. Lebih elok masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai dapat adunan yg tak melekit tp masih lembut supaya senang nak tekan guna nozzle
2. Kalau adunan terlalu lembik, tambah tepung jagung. Kalau adunan terlalu keras untuk ditekan dgn nozzle, tambah butter.
3. Rehat kan adunan yg dah diterap di bawah kipas selama 10 minit sebelum dibakar supaya semperit  tak jatuh bila dibakar
4. Jangan terlebih pukul butter + telur+susu sebab nanti semperit aan jatuh dan leper bila dibakar
5. Selepas dibakar, biarkan semperit menyejuk sepenuhnya di suhu bilik sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

........................................................................
english recipe//

- 1 egg yolk ( large/grade A)
- 1/2 cup butter ( use pure butter for better result, do not use margarine)
- 1/2 cup sweetened condensed milk
- 2 tsp rice flour (give cookies a crunchy texture)
- 2 tbsp custard flour (make cookies melt in the mouth)
- 2 1/2 cup cornstarch

* I used drop-flower nozzle

TIPS FOR MAKING BUTTER COOKIES

1.It is better to add flour little by little while mixing the batter until you get the desired texture ( not sticky but soft when pressed with fingertip)
2. if the batter become too hard and cannot be pressed out using nozzle, add extra butter and mix again until soft
3. Rest the unbaked cookies under a ceiling fan (turn on) for 10 minutes before baking to maintain their shape when baked later
4. Do not overmix butter + egg yolk+sweetened condensed milk as it will cause the cookies to flatten when baked
5. After baking, let the cookies cooled down to room temperature before storing in airtight container 

Monday, April 6, 2020

Pan cake

Harini mama tergerak hati mencuba resepi Pan Cake dari web sirap limau

Di bawah ni adalah resepinya

RESEPI PANCAKE PALING GEBU & TETAP LEMBUT BILA DAH SEJUK

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sdt baking powder
  • Secubit garam
  • 2 sdb gula halus / kastor
  • 3/4 cawan + 2 sdb susu kotak Full-cream *(Maksudnya sukat 3/4 cawan dulu. Lepas tu tambah lagi 2 sudu besar)
  • 1 biji telur gred A, dikocok
  • 2 sdb butter, dicairkan
  • 1 sdt esen vanila
  • Sedikit minyak / butter untuk sapu pada kuali leper. *(Tapi saya tak guna sebab dah pakai non-stick pan)

CARA-CARA

1. Asingkan Bahan Kering & Basah

Mula-mula, satukan bahan-bahan kering – iaitu tepung, baking powder, garam dan gula ke dalam sebuah bekas. Gaul rata dan ketepikan.

Dalam satu bekas yang lain pula, satukan bahan basah pula – iaitu susu, butter yang telah dicairkan, telur dan esen vanila. Gaul rata.

2. Campurkan

Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering.

Kemudia gaul setakat rata saja, jangan overmix. Jika ada sedikit ketulan-ketulan tepung tak apa.


3. Rehatkan Adunan

Rehatkan adunan yang dikacau tadi selama 15 minit.

4. Masak

Panaskan non-stick pan kecil, guna api paling kecil sekali. Tak perlu sapu minyak pun tak apa.

Tuang adunan tadi dan biarkan hingga pancake naik gebu dan keperangan.

Bila dah berbuih tu maksudnya sebelah tu dah cukup masak, jadi terbalikkan dan tunggu pula sebelahnya lagi masak.

OK SIAP!
Bila dah nampak cukup masak, bolehlah diangkat dan terus dihidangkan.

Terpulanglah nak makan dengan butter dan madu macam di McD tu atau sapu dengan Nutella, peanut butter, jem strawberi atau buah-buahan segar. Ikut selera masing-masing


 Ni hasil dari mama